ADAB MENYAMBUT KELAHIRAN
Adab Menyambut Kelahiran Anak Dalam Islam
Ucapan Tahniah
{mosimage}Ucapan tahniah wajar diberikan kepada mereka yang mendapat cahayamata kerana ia boleh menimbulkan perasaan kasih sesama muslim.
Digalakkan juga mendoakan buat anak tersebut sebagaimana yang dianjurkan oleh seorang ulama’ iaitu Hasan al-Basri : Moga diberkati anak itu, dan kau pula mensyukuri Tuhan Pemberi, dan kau akan dikurniakan ketaatannya apabila dia besar nanti.”
Doa lain ialah : Aku memohon keselamatan untukmu dengan berkat kalimat Allah yang sempurna, daripada segala syaitan yang membuat kebinasaan dan dari segala pandangan mata yang dengki.
Azan dan Iqamah
Seelok-eloknya bayi diazankan di telinga kanannya dan diiqamatkan di telinga kirinya sebaik sahaja ia lahir. Orang terbaik yang melakukannya ialah bapanya.
Rahsia azan dan iqamah ialah supaya kalimat pertama yang didengarinya adalah seruan mulia membesarkan Tuhan dan kalimah syahadah.
Tahnik
Tahnik dilakukan dengan mengunyah sedikit kurma sehingga lembut dan memindahkan sedikit airnya ke lidah anak yang baru dilahirkan dan jari digerakkan ke kiri dan kanan dengan lembut meliputi keseluruhan bahagian dalam mulut bayi. Ini dapat merangsang deria rasa dan menguatkan urat saraf bayi. Orang yang paling baik melakukannya adalah orang-orang yang soleh dan berilmu. Dan hendaklah ia mendoakan kebaikan (barakah) bagi bayi tersebut.
Dalil tentang tahnik ini disebutkan dalam beberapa hadis di antaranya.
Dari Abu Musa al-Asy’ari Radhiyallahu ‘anhu, ia berkata. Ertinya : Lahir seorang anakku maka aku membawanya ke hadapan Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam maka beliau memberinya nama Ibrahim. Beliau mentahniknya dengan kurma dan mendoakan barakah untuknya. Kemudian beliau menyerahkan bayi itu kepadaku.
Akikah, Bercukur dan Memberikan Nama Yang Baik
Dari segi syara‘, aqiqah ialah binatang ternakan yang berkaki empat yang disembelih ketika hendak mencukur rambut di kepala anak yang baru dilahirkan, sama ada disembelih pada hari ketujuh atau selepasnya.
Dalam mazhab Syafie, hukumnya adalah Sunat Muakkad (sunat yang sangat digalakkan). Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:
"Seorang anak terikat dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ke tujuh, dan dicukur serta diberi nama ." (Maksud hadis riwayat Ahmad dan Tirmidzi)
Aqiqah dituntut bukan sahaja untuk menghidupkan sunnah Rasulullah saw, tetapi juga bagi melahirkan kesyukuran dan kegembiraan ibu bapa terhadap anugerah cahaya mata atau zuriat. Di samping itu ia juga merupakan latihan untuk umat Islam dalam melakukan sedikit pengorbanan.
Berkhatan/Bersunat
Berkhatan ialah memotong selaput kulit yang menutupi kepala zakar lelaki atau memotong sedikit hujung daging yang ada di sebelah atas faraj perempuan.
Berkhatan termasuk di antara amalan-amalan yang telah disyariatkan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala terhadap hambaNya. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Fitrah (sifat semulajadi) itu lima perkara: Berkhatan, mencukur bulu ari-ari, menggunting misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak.”
Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim
0 ulasan:
Post a Comment