KELEMAHAN DALAM PELAJARAN
Mengatasi Kelemahan
Mencari Sebab (Post-Mortem)
Anda perlu mengkaji kelemahan anda setiap kali anda selesai menjawab soalan-soalan ujian. Setelah anda selesai membuat latihan ujian, semak setiap jawapan yang anda buat. Sekiranya jawapan anda salah, lakukan 'post-mortem' (suatu proses mencari sebab kelemahan dan kekuatan). Setiap kesilapan ada sebab-sebabnya dan ini merupakan perkara utama yang perlu anda atasi.
Sebab-sebab kesalahan berlaku:
Anda Tidak tahu - Ini bermakna persediaan anda belum mencukupi.
Penyelesaian: Peruntukkan masa yang sewajarnya untuk anda menguasai tajuk-tajuk tersebut.
Anda Tidak faham - Anda baca tetapi tidak faham.
Penyelesaian: Minta bantuan. Bertanyalah kepada guru atau rakan anda.
Anda Keliru – Anda tidak dapat memahami dengan jelas apa yang anda ingin pelajari atau fahami.
Penyelesaian: Tanyakan guru tentang bentuk soalan yang mengelirukan anda. Minta penjelasan dari guru sebelum hari peperiksaan agar kesilapan yang sama tidak berulang.
Anda Lupa - Ini disebabkan anda kurang mengulangi atau mengulangkaji apa yang telah anda pelajari.
Penyelesaian: Kerapkan ulangkaji.
Anda Cuai – Anda tidak teliti semasa membaca soalan.
Penyelesaian: Pastikan anda mengikuti langkah-langkah penting dalam Strategi Menjawab Soalan. Pastikan anda benar-benar sudah memahami kehendak soalan sebelum menjawab.
Umumnya, kelemahan-kelemahan anda boleh diatasi dengan:
* Segera / selalu bertanya kepada guru/rakan tentang masalah anda dalam pelajaran.
* Mendapatkan jawapan-jawapan yang betul bagi jawapan yang salah.
* Mengulangkaji dan membaca nota-nota anda dengan kerapkali.
* Memahirkan diri dengan teknik menjawab soalan berpandukan contoh jawapan.
0 ulasan:
Post a Comment