Tuesday, September 7, 2010

ADAB MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI

"Menyambut hari raya bukan dengan berpakaian serba baru, bukan pula dengan berbangga diri, nyanyian, hiburan atau kegiatan yang tidak bermanfaat. Menyambut hari raya harus dengan mensyukuri segalla nikmat yang Allah berikan dan dengan saling bersilaturrahim.

Ada beberapa perkara yang harus diperhatikan, iaitu:

1. Makan di pagi hari sebelum solat raya. Misalnya, memakan beberapa biji buah kurma.
Makan sebelum ke masijid untuk menunaikan solat.Rasullulah makan sebelum berangkat ke masjid utk solat Aidilfitri krana menghargai hari kemenangan umat Islam berpuasa 30 hari dalam bulan Ramadhan.

2. Mengeluarkan zakat fitrah. Zakat fitrah dimaksudkan untuk membahagiakan fakir miskin menghidupkan semangat saling menolong dan kasih sayaing, serta mensucikan jiwa dari sifat bakhil.

3. Memakai pakaian baru dan harum untuk mengagungkan pemilik keindahan, Allah s.w.t. Allah mencintai keindahan. Rasullullah bersabda, “Allah sangat suka melihat bukti kenikmatan yang diberikan kepada hambaNya.”

4. Hari Raya hendaklah diisi dengan saling mengunjungi, memberi salam, menyucikan diri, dan saling mencintai sesama insan.

5. Hari Raya adalah hari untuk merapatkan silaturrahim, berbakti kepada orang tua, bersikap lembut terhadap fakir miskin, dan mengasihi tetangga.

6. Hari raya bagi kaum Muslimin nampak pada semakin bertambahnya keimanan yang diikat dengan syariat Allah dan di lapisi oleh adab. Pada hari raya, nampak canda tawa dan senyuman.

7. Hari Raya mengingakan kita pada hari diperlihatkanNya amal perbuatan. Pada hari itu, semua orang dikumpulkan, baik yang kaya, miskin, besar, kecil, seorang raja, rakyat biasa, yang hidupnya senang, sengsara, yang bergembira mahupun yang bersedih hati.

8. Hari Raya adalah hari diberikanNya ganjaran. Orang yang berpuasa dan melaksanakan solat dengan penuh keimanan, akan diberikan khabar gembira berupa pahala yang sangat besar, kemenangan yang agung, dan ganjaran yang berlimpah. Orang yang berpuasa tidak dibenar, meremehkan perintah Allah dan melampaui batas, dia akan menyesal, bersedih dan rugi.

9. Mengajak kaum wanita ke masjid.Rasullulah meminta agar kaum lelaki mengajak keluarga mereka terutamnya kaum wanita utuk mengunjungi tempat solat bagi menyemarakkan hari raya.Ini juga sebahagian daripada dakwah Islam dan membuktikan kepada kaum lain mengenai kebesaran dan kemegahan umat Islam.

10. Berjalan ke tempat solat sambil bertakbir.

11. Mengambil jalan lain ketika pergi dan pulang solat.Hikmahnya adalah untuk menunjukkan syiar hari raya kepada masyarakat.

12. Mandi sunat sebelum menunaikan solat Aidilfitri.
Aidilfitri ialah hari kemuliaan dan pembebasan diri daripada dosa yang telah lalu.Kaum Muslimin yang hendak pergi ke tempat solat hendaklah terlebih dahulu membersihkan serta menyegarkan diri dengan mandi sunat Aidilfitri. Dalam sebuah hadis dinyatakan: "Sesungguhnya Ibn Umar biasa mandi pada Hari Aidilfitri sebelum dia pergi ke tempat Solat.

0 ulasan:

Kategori...!!!

Pengikut...!!!

Tentang Blog Ini...!!!

Blog ini menceritakan apa-apa sahaja yang bermanfaat tidak kira tentang agama, hal ehwal semasa, pendidikan mahupun teknologi.

  © Blogger template 'External' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP