Saturday, November 27, 2010

TARANNUM

TARANNUM AL QURAN

Asal usul tarannum :
tercipta kerana umat Arab pada masa silam ingin mengisi kekosongan jiwa mereka. Mereka memerhati bunyi2 persekitaran, diantaranya ialah :
- bunyi deruan angina
- bunyi geseran daun2 / pokok2 kayu
- bunyi titisan air / air yang mengalir
- bunyi nyanyian / kicauan burung

Umat Arab pada mulanya menerapkan seni tarannum melalui syair2 mereka. Akhirnya apabila turun ayat2 al-Quran, maka mereka menerapkan tarannum ketika membaca ayat2 al-Quran

Hijjaz adalah antara tarannum / lagu al-Quran yang termasyhur
Jenis2 tarannum :
- baiyati
- soba
- hijjaz
- nahawand
- sikah
- jaharkah
- rast
- husaini
- kurdi
- ajam

Tarannum Hijjaz
mempunyai gerak lembut tetapi berkesan
berbentuk tegas dan bersemangat
berbentuk lincah dan menghidupkan persembahan
sesuai dengan mana-mana tobaqat
sesuai dengan ayat2 yang bawa maksud perintah, marah/ tegah

Tarannum Baiyati
berbentuk lembut tetapi tegas
bersesuaian dengan tobaqat sederhana
mempunyai unsur2 keharmonian & ketenangan
sesuai sebagai tarannum pembukaan & penutup

Tarannum Husaini
berbentuk aktif & bersemangat
bersesuaian dengan tobaqat yang tinggi
unsur2 ketenangan & tegas
unsur2 rangsangan & penggalak

Tarannum Soba
gerak yang ringan & meresap ke jiwa
alunannya lembut & mendayu
bersesuaian dengan tobaqat sederhana
amat sesuai dengan ayat2 yang menunjukkan memohon, merayu, merintih & seumpamanya

Tarannum Kurdi
gerak tegas & berkesan
lincah & aktif
sesuai dengan tobaqat sederhana
sesuai sebagai tarannum penutup

Tarannum Nahawand
gerak ringan & berkesan
berbentuk lembut dan berkesan
sederhana & memikat jiwa
sesuai dengan tobaqat sederhana
mempunyai kehalusan seni yang mempesonakan

Tarannum Rast
gerak lembut tetapi tegas
lembut & mempesonakan
lincah & menyemarak
sesuai dengan mana-mana tobaqat
sesuai dengan ayat2 yang berbentuk amaran

Tarannum Sikah
gerak lembut yang meyakinkan
lembut & menusuk hati
sesuai dengan mana-mana tobaqat
sesuai dengan ayat2 yang bawa maksud merayu, memohon, merintih & seumpamanya

Tarannum Jaharkah
gerak ringan tetapi berkesan
lembut & menusuk hati
unsur2 ketenangan & harmoni
sesuai dengan tobaqat sederhana
sesuai dengan ayat2 yang bawa maksud merayu, memohon, merintih & seumpamanya

Tarannum Ajam
gerak lembut yang berkesan
mempunyai kehangatan yang bersemangat
tegas & meyakinkan
sesuai dengan tobaqat yang tinggi
sesuai dengan ayat2 yang bawa maksud pertanyaan, perintah, murka & sbgnya

Susunan kebiasaan harakat lagu Hijjaz:
Harakat Pertama (penerangan/pengenalan) -Hijjaz asli/Araki/Ajam
Harakat Kedua (rangsangan) – Hijjaz asli/Araki/Ajam
Harakat Ketiga (Jawab) – Hijjaz asli/Araki/Ajam
Harakat Keempat (Jawabuljawab) – Hijjaz asli/Araki/Ajam
Harakat Kelima (persediaan) – Hijjaz asli/Araki/Ajam
Harakat Keenam (penutup) – Hijjaz asli/Ajam/Waslah

tobaqat = tingkatan suara (rendah, sederhana, tinggi (jawab), tertinggi (jawabuljawab))

Waslah = gabungan 2 lagu / > yang boleh mendorong kepada kemantapan sesuatu harakat

Araki = salah satu dari lagu penghias
seruan Rasulullah supaya umatnya membaca al-Quran dengan suara yang baik (diriwayatkan oleh Imam Ahmad Abu Daud & Ibnu Majjah yang bererti :
Perelokkan bacaan al-Quran itu dengan suara2 kamu, sesungguhnya suara yang elok sahaja dapat menambah keelokan bacaan al-Quran itu.
selalunya jika ingin baca dengan bertaranum dimulai dan diakhiri dengan lagu BAYATI.

0 ulasan:

Kategori...!!!

Pengikut...!!!

Tentang Blog Ini...!!!

Blog ini menceritakan apa-apa sahaja yang bermanfaat tidak kira tentang agama, hal ehwal semasa, pendidikan mahupun teknologi.

  © Blogger template 'External' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP