Thursday, December 9, 2010

MASALAH BERKAITAN WUDUK

SIRI 2

1. Soalan
Bagaimanakah jika timbul keraguan dalam berwuduk?

Jawapan:
Jika timbul keraguan ketika dalam berwuduk,maka diwajibkan membasuh atau mengusap bahagian anggota wuduk yang diragukan.Jika setelah selesai wuduk,maka tidak mempengaruhi sahnya wuduk,kecuali apabila yang diragukan itu adalah mengenai niat.

2. Bagaimanakah jika keraguan itu dalam masalah niat?

Jawapan:
Jika keraguan itu dalam masalah niat dan timbulnya masih dalam keadaan wuduk,sebaiknya diulang.Jika setelah sempurna wuduk,apabila:

a) teringat bahawa dia telah berniat,maka sah wuduknya.
b) teringat bahawa dia belum berniat,maka wuduknya tidak sah.

3. Bagaimanakah hukumnya,jika anggota wuduk dimasuki duri atau benda lain?

Jawapan:
Wuduknya sah kerana duri itu tidak bernajis.Sebaiknya duri itu jangan diambil dulu.

4. Jika anggota wuduk dimasuki duri atau benda lain.Duri itu atau benda tersebut masuk keseluruhannya dan tidak dicabut.Sahkah wuduknya?

Jawapan:
Wuduk tersebut sah,meskipun duri atau selainnya masih ada di dalam anggota wuduk.

5. Jika anggota wuduk dimasuki duri atau benda lain,masuknya sehingga tidak nampak lagi dan menyebabkan kulit atau dagingnya berlubang>Sahkah wuduknya?

Jawapan:
Wuduknya sah,asalkan benda tersebut tidak terkena najis.

6. Apakah yang dimaksudkan dengan tertib ketika berwuduk?

Jawapan:
Tertib ialah melakukan secara turutan atau susunan.Maka perbuatan wuduk mestilah dimulai dengan niat dan diakhiri dengan membasuh kedua belah kaki.

7. Apakah tujuan kita berniat?

Jawapan:
Tujuan niat ialah untuk membezakan pekerjaan yang mengandungi unsur ibadah atau adat kebiasaan dan untuk membezakan tingkat ibadah.

8. Di manakah tempat berniat?

Jawapan:
Tempat berniat ialah di hati sanubari bukan lisan / di mulut.

9. Apakah syarat-syarat sah wuduk?

Jawapan:
a) Islam
b) Tamyiz / berakal
c) Air mutlak yang suci lagi menyucikan
d) Telah nyata dalam keadaan berhadas
e) Tidak ada perkara yang membatalkan wuduk ketika mengerjakan wuduk.
f) Tidak terdapat penghalang pada anggota wuduk semasa berwuduk
g) Meratakan air pada seluruh anggota wuduk yang wajib
h) Mengetahui cara-cara berwuduk
i) Dapat membezakan antara yang fardu dan yang sunat wuduk
j) Melebihkan basuhan atau usapan pada anggota-anggota wuduk untuk mendapatkan kesempurnaan dalam berwuduk.

10. Apakah pula syarat-syarat bagi orang yang uzur ( sering keluar air kencing atau darah bagi perempuan )?

Jawapan:
a) Wuduknya hendaklah sesudah masuk waktu sembahyang
b) Mendahulukan istinjak,iaitu membersihkan kotoran atau najis yang keluar
c) Menyegerakan sesuatu sebelum keluarnya najis,iaitu menjaga supaya najis atau kotoran tidak keluar lagi.
d) Menyegerakan wuduk setelah selesai mengerjakan sesuatu
e) Menyegerakan setiap pekerjaan fardu wuduk

0 ulasan:

Kategori...!!!

Pengikut...!!!

Tentang Blog Ini...!!!

Blog ini menceritakan apa-apa sahaja yang bermanfaat tidak kira tentang agama, hal ehwal semasa, pendidikan mahupun teknologi.

  © Blogger template 'External' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP