Thursday, December 9, 2010

MASALAH BERKAITAN WUDUK

SIRI 2

1. Soalan
Bagaimanakah jika timbul keraguan dalam berwuduk?

Jawapan:
Jika timbul keraguan ketika dalam berwuduk,maka diwajibkan membasuh atau mengusap bahagian anggota wuduk yang diragukan.Jika setelah selesai wuduk,maka tidak mempengaruhi sahnya wuduk,kecuali apabila yang diragukan itu adalah mengenai niat.

2. Bagaimanakah jika keraguan itu dalam masalah niat?

Jawapan:
Jika keraguan itu dalam masalah niat dan timbulnya masih dalam keadaan wuduk,sebaiknya diulang.Jika setelah sempurna wuduk,apabila:

a) teringat bahawa dia telah berniat,maka sah wuduknya.
b) teringat bahawa dia belum berniat,maka wuduknya tidak sah.

3. Bagaimanakah hukumnya,jika anggota wuduk dimasuki duri atau benda lain?

Jawapan:
Wuduknya sah kerana duri itu tidak bernajis.Sebaiknya duri itu jangan diambil dulu.

4. Jika anggota wuduk dimasuki duri atau benda lain.Duri itu atau benda tersebut masuk keseluruhannya dan tidak dicabut.Sahkah wuduknya?

Jawapan:
Wuduk tersebut sah,meskipun duri atau selainnya masih ada di dalam anggota wuduk.

5. Jika anggota wuduk dimasuki duri atau benda lain,masuknya sehingga tidak nampak lagi dan menyebabkan kulit atau dagingnya berlubang>Sahkah wuduknya?

Jawapan:
Wuduknya sah,asalkan benda tersebut tidak terkena najis.

6. Apakah yang dimaksudkan dengan tertib ketika berwuduk?

Jawapan:
Tertib ialah melakukan secara turutan atau susunan.Maka perbuatan wuduk mestilah dimulai dengan niat dan diakhiri dengan membasuh kedua belah kaki.

7. Apakah tujuan kita berniat?

Jawapan:
Tujuan niat ialah untuk membezakan pekerjaan yang mengandungi unsur ibadah atau adat kebiasaan dan untuk membezakan tingkat ibadah.

8. Di manakah tempat berniat?

Jawapan:
Tempat berniat ialah di hati sanubari bukan lisan / di mulut.

9. Apakah syarat-syarat sah wuduk?

Jawapan:
a) Islam
b) Tamyiz / berakal
c) Air mutlak yang suci lagi menyucikan
d) Telah nyata dalam keadaan berhadas
e) Tidak ada perkara yang membatalkan wuduk ketika mengerjakan wuduk.
f) Tidak terdapat penghalang pada anggota wuduk semasa berwuduk
g) Meratakan air pada seluruh anggota wuduk yang wajib
h) Mengetahui cara-cara berwuduk
i) Dapat membezakan antara yang fardu dan yang sunat wuduk
j) Melebihkan basuhan atau usapan pada anggota-anggota wuduk untuk mendapatkan kesempurnaan dalam berwuduk.

10. Apakah pula syarat-syarat bagi orang yang uzur ( sering keluar air kencing atau darah bagi perempuan )?

Jawapan:
a) Wuduknya hendaklah sesudah masuk waktu sembahyang
b) Mendahulukan istinjak,iaitu membersihkan kotoran atau najis yang keluar
c) Menyegerakan sesuatu sebelum keluarnya najis,iaitu menjaga supaya najis atau kotoran tidak keluar lagi.
d) Menyegerakan wuduk setelah selesai mengerjakan sesuatu
e) Menyegerakan setiap pekerjaan fardu wuduk

Wednesday, December 8, 2010

AURAT MENURUT ISLAM

AURAT pada bahasa ialah kekurangan. Dari segi istilahnya pula, apa-apa yang wajib ditutup dan apa-apa yang haram untuk dilihat(anggota badan).

Aurat lelaki iaitu bermula dari pusat hingga ke lutut.Aurat perempuan pula iaitu seluruh tubuh badan kecuali tapak tangan dan muka.Para ulama' telah bersepakat perempuan wajib menutup aurat secara mutlak seperti mana ketika di dalam sembahyang mahu pun di luar sembahyang.

Hakikat menutup Aurat

Hakikat pakaian menurut Islam ialah untuk menutup aurat, iaitu menutup bahagian anggota tubuh yang tidak boleh dilihat oleh orang lain. Syariat Islam mengatur hendaknya pakaian tersebut tidak terlalu sempit atau ketat, tidak terlalu tipis atau menerawang, warna bahannya pun tidak boleh terlalu mencolok, dan model pakaian wanita dilarang menyerupai pakaian laki-laki. Selanjutnya, baik kaum laki-laki maupun perempuan dilarang mengenakan pakaian yang mendatangkan rasa berbangga-bangga, bermegah-megahan, takabur dan menonjolkan kemewahan yang melampaui batas.

Tujuan menutup aurat.

1. Melambangkan sebagai seorang muslim.
2. Membezakan kita dengan binatang.
3. Supaya orang segan dan tidak berniat untuk melakukan sesuatu yang tidak baik terhadap diri kita.
4. Sebagai bukti bahawa kita adalah hamba Allah yang lemah.
5. Dapat mengelakkan diri daripada kanser kulit.
6. Tanda atau seperti uniform kepada penganut agama Islam.
7. Tanda profesionalism dalam sistem pemakaian Islam.
8. Sebagai ujian bagi manusia untuk melihat tahap ketaatan mereka kepada Allah SWT.

Saturday, December 4, 2010

MASALAH BERKAITAN PUASA

PANDUAN UNTUK MURID-MURIDKU!

Soalan:
Bolehkah seseorang itu menitikkan ubat ke atas bibir mulutnya yang sakit(ulcer mulut) ketika berpuasa?

Jawapan:
Menitik ubat ke bibir adalah harus dengan syarat menjaganya jangan sampai tertelan. Jika tertelan, batallah puasa.

Soalan:
Bolehkah seseorang itu menggosok gigi menggunakan ubat (contoh ubat gigi mukmin) pada waktu pagi sebelum pergi bekerja?

Jawapan:
Menggunakan ubat gigi semasa sedang berpuasa adalah harus. Pada zaman Nabi s.a.w., kayu siwak yang digunakan juga mempunyai rasa dan jirim dan tidak ada ulamak melarangnya ke atas orang yang berpuasa. Namun, sebagaimana syarat di atas; hendaklah dijaga jangan sampai tertelan. Jika tertelah, batal puasa.

Soalan:
Seorang yang mengidap gastrik sering meludah kerana katanya air liurnya kerap keluar dan rasanya agak masam/pahit. Apakah ia boleh menelannya dan air liur yang bagaimana tidak dibenarkan ditelan ketika berpuasa?

Jawapan:
Menelan air liur tidaklah membatalkan puasa, begitu juga tidak membatalkan solat, kecualilah jika air liur itu bercampur dengan makanan. Jika air liur bercampur makanan, wajiblah diluahkan. Jika ditelan, batallah puasa.

Soalan:
Saya makan dalam keadaan terlupa.

Jawapan:
ianya dimaafkan dan mereka boleh terus berpuasa.

Soalan:
Doktor mengambil darahnya pada tangan pada ketika berpuasa.

Jawapan:
Puasanya tidak batal dan boleh meneruskan puasanya kerana mengambil darah pada tangan bukanlah pada rongga yang terbuka.

Soalan:

Friday, December 3, 2010

PENYAKIT AKIBAT MEROKOK

Berikut ini daftar penyakit yang mengancam para perokok :

* Otak: rokok menjadi penyebab utama stroke.
* Mata: perokok berisiko tiga kali lebih tinggi menderita katarak yang menyebabkan kebutaan.
* Mulut, tenggorokan, pita suara, dan esofagus: mengakibatkan kanser mulut, tenggorokan, pita suara, dan esofagus. Juga penyakit gusi, pilek, dan kerongkongan kering.
* Gigi: perokok berisiko 10 kali lebih tinggi menderita periodontitis (gusi terbakar yang mengarah ke infeksi) yang akan merusak jaringan halus dan tulang.
* Paru-paru: wanita perokok 13 kali lebih besar kemungkinan terkena kanker paru-paru, sedangkan pria 23 kali lebih besar. Akibat lainnya yaitu pneumonia, bronkitis, asma, batuk kronis, dan bengek.
* Jantung: gagal jantung, serangan jantung, hipertensi, stroke.
* Perut: kanker perut dan kanker lambung.
* Ginjal: kanker ginjal.
* Pankreas: kanker pankreas fatal.
* Pundi kencing: kanser pundi kencing.
* Pangkal rahim: kanser pangkal rahim.
* Kehamilan: kemandulan, bayi lahir prematur,gangguan pernafasan.
* Tulang: tulang raput.
* Darah: leukemia atau kanser darah.

JENAMA ROKOK

Macam-macam jenis ada!.Ingatlah! Semuanya itu akan memusnahkan masa depan kita.

Rokok adalah silinder dari kertas berukuran panjang antara 70 hingga 120 mm (variasi bergantung kepada negara) dengan diameter sekitar 10 mm yang berisi daun-daun tembakau yang telah dicacah. Rokok dibakar pada salah satu hujungnya dan dibiarkan membara agar asapnya dapat dihirup melalui mulut pada hujung yang lain.

Terdapat dua jenis rokok, iaitu rokok yang bertapis dan tidak bertapis. Rokok yang bertapis dibuat daripada bahan busa serabut sintetik yang berfungsi untuk menyaring nikotin.

1.dunhill
2.perilis
3.winston
4.marlboro
5.gudang garam merah
6.djarum super
7.djarum l.a
8.mild chakra
9.starmild
10.era
11.parkway
12.rave
13.pensil
14.dji samsoe
15.melia
16.premium
17.delight
18.rock
19.vindana
20.oki
21.YSL
24.555
25.Virginia Gold
26.Stuyvesant
27.Benson and Hedges
28.Salem high country
29.Mild Seven
30.White Horse
31.Kent
32.Lucky Strike
33.Master Duke
34.Gold Leaf
35.Rothmans King Size
36.Rough Rider
37.MORE
38.SAAT
39.Camel
40.Sampoerna

PEROKOK (REMAJA)

MASALAH MEROKOK DALAM KALANGAN REMAJA

Di seluruh dunia,4 juta orang meninggal dunia setiap tahun akibat penyakit berkaitan dengan penggunaan tembakau dan menjelang penghujung tahun 2020, dianggarkan kadar kematian akan mencecah 10 juta orang. Fakta yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, menyatakan setiap hari, lebih kurang 45 hingga 59 remaja di bawah umur 18 mula merokok di negara kita. Jumlah remaja lelaki yang merokok berusia 12 hingga 18 tahun pula adalah sebanyak 30 peratus. Sementara itu, bilangan remaja perempuan yang merokok semakin bertambah. Dalam tahun 2000 dan 2004, bilangan remaja perempuan yang merokok telah bertambah dari 4 peratus ke 8 peratus.

Risiko seseorang remaja untuk kekal menjadi perokok bermula dengan percubaan pertamanya. Remaja yang mencuba untuk merokok akan lebih cenderung untuk terus merokok sehingga dewasa, berbanding dengan remaja yang tidak mencuba. Ini kerana, nikotin boleh membawa kepada sindrom ketagihan yang sama dengan ketagihan heroin dan kokain.

Pada peringkat permulaan, remaja yang merokok mahu dilihat sebagai seorang yang berdikari dan bebas untuk melakukan apa yang disukai.

Kecenderungan remaja untuk merokok atau tidak merokok adalah berdasarkan kekerapan dan jangka masa mereka berhubungan dengan individu yang merokok.

Remaja menjadikan tingkah laku tertentu seperti merokok ini sebagai tunjang kepada identiti kumpulan mereka. Jika status perokok dan bukan perokok dilihat penting dalam menentukan identiti sosial kumpulan, maka ahli-ahli sesebuah kumpulan selalunya akan berkongsi tingkah laku yang sama. Ideanya ialah akan terdapat kumpulan-kumpulan remaja yang boleh dikategorikan sebagai kumpulan merokok dan tidak merokok.

Keluarga dan rakan-rakan merupakan dua kumpulan agen sosialisasi terpenting selain sekolah dan media. Sebagai agen sosialisasi, keluarga dan rakan-rakan memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk tingkah laku dan kendiri seseorang remaja.

Pengaruh keluarga dalam menentukan tingkah laku merokok telah menarik minat ramai pengkaji-pengkaji isu sosial. Terdapat banyak kajian yang menyatakan hubungan antara tingkah laku merokok dengan faktor keluarga. Kajian mendapati tingkah laku merokok di kalangan adik beradik yang lebih tua mendorong remaja untuk turut sama merokok.

Tingkah laku merokok di kalangan remaja juga membuatkan remaja berasa memperoleh kebebasan dan autonomi.

Seseorang yang telah membentuk tabiat merokok pada usia yang muda akan mempunyai tahap ketagihan nikotin yang lebih serius berbanding dengan mereka yang bermula merokok pada usia yang lebih tua. Tingkah laku merokok yang kerap di kalangan remaja akan membawa kepada masalah kesihatan semasa dan juga kelak apabila dewasa. Tabiat merokok seawal usia remaja akan mengurangkan kadar tumbesaran paru-paru untuk berfungsi pada kadar maksimum. Remaja yang merokok juga mempunyai kadar kecergasan yang lebih rendah berbanding dengan remaja yang tidak merokok. Tahap kecergasan seseorang perokok itu adalah berkadar langsung dengan jangka masa dan kekerapan merokok. Remaja yang merokok akan sering mengalami sesak nafas, batuk, pitam, berkahak dan secara keseluruhannya mempunyai tahap kesihatan yang rendah.

Kebimbangan kepada pertambahan jumlah perokok di negara kita, membawa kepada usaha kerajaan melancarkan Kempen Tak Nak iaitu kempen kesedaran yang disasarkan kepada golongan remaja pada 9 Februari 2004. YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam ucapannya di perasmian kempen tersebut menganjurkan agar golongan dewasa dapat memberi teladan dengan berhenti merokok.

Kempen ini bertujuan mencegah keinginan golongan remaja untuk merokok dan menyangkal tanggapan bahawa tabiat merokok adalah suatu yang diterima dalam masyarakat. Kerajaan sebenarnya telah membelanjakan sejumlah wang yang banyak untuk kempen anti merokok sejak tahun 2000 lagi.

Jadual Perbelanjaan Kempen Anti Merokok oleh Kerajaan, 2000-2003
Tahun RM
2000 RM 70,000
2001 RM 94,000
2002 RM 88,000
2003 RM 80,000
Jumlah RM 332,000
Sumber: Bernama, 22 September 2004.

Ibu bapa dan keluarga perlu menyedari keunggulan jiwa dan kekuatan remaja untuk tidak terlibat dengan tabiat merokok, sangat bergantung dengan pendekatan dan tingkah laku seharian isi rumah. Dan perkara ini bermula daripada pendidikan isi rumah. Keluarga perlu mempunyai maklumat dan kesedaran tentang bahaya merokok dan melihat tingkah laku tersebut lebih daripada perspektif budaya dan kesihatan.

Thursday, December 2, 2010

MASALAH BERKAITAN SOLAT

untuk rujukan anak-anak didikku!

Soalan:
1. Apakah batal sembahyang sekiranya kain telekung terselak hingga menampakkan jari kaki sedangkan ketika itu saya tinggal seorang diri dan tidak ada sesiapa pun yang melihatnya?

Jawapan:
Batal. Kerana menutup aurat adalah antara syarat-syarat sah sembahyang. Sembahyang itu wajib dilakukan semula tanpa perlu membaharui wuduk.

Soalan:
2. Ketika sedang di dalam sembahyang berjemaah, imam telah terbatal sembahyangnya. Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh makmum untuk meneruskan sembahyang. Pernah saya ternampak makmum di belakang imam perlu mengambil alih kedudukan imam dan bagaimana caranya dan bagaimana jika tiada reaksi daripada makmum dibelakang imam, bolehkah makmum yang lain mengambil alih kedudukan imam?.

Jawapan:
Apabila Imam terbatal sembahyangnya dalam sembahyang berjemaah, makmum yang betul-betul berada di belakang imam itu bertanggungjawab menggantikan tempat imam dan meneruskan sembahyang tersebut. Makmum ini juga bertanggungjawab menegur imam dalam menunaikan rukun-rukun sembahyang termasuk bacaan. Jika imam terbatal, beliau hendaklah keluar dari tempatnya dengan tertib, setidak-tidaknya kesebelah kiri tempat imam tersebut sekiranya tidak ada laluan untuk kebelakang. Apabila makmum di belakang beliau sedar bahawa tempat imam telah kosong, maka makmum ini perlu bergerak ke hadapan dengan pergerakan yang tidak lebih dari dua pergerakan. Setelah sampai ke tempat imam maka hendaklah disambung dari mana tempat imam terdahulu terhenti. Kekosongan yang ditinggalkan oleh makmum yang menggantikan imam itu hendahlah diisi oleh makmum yang sebelah atau yang di belakang dan seterusnya. Sekiranya kita berada jauh di belakang dan tiada siapa yang mengambil alih tempat imam, maka kita boleh berniat mufarakah(berpisah) dari imam dan meneruskan sembahyang tersebut secara sendirian.

Soalan:
3. Setahu saya jika kita bersolat, pakaian kita tidak boleh menjadi alas kepada anggota-anggota badan seperti tangan dan tapak kaki? (jika betul). Bagaimana pula dengan tapak kaki untuk kaum wanita yang sewajibnya melabuhkan telekung solat mereka yang nampaknya menjadi alas keseluruhan tapak kaki ketika bersolat. Sah atau tidak solatnya?

Jawapan:
Solatnya sah, kecuali sekiranya sujudnya terhalang. ( Dahi terhalang dari mengenai tempat sujud walaupun oleh sehelai rambut).

4. Soalan:
Seringkali bila saya sampai ke masjid, azan telah habis dilaungkan. Pertanyaan saya sembahyang sunat manakah yang patut saya lakukan samada sunat Tahyatul Masjid atau sunat Kabliyatan ?

Jawapan:
Sekiranya waktu sembahyang tersebut mempunyai sunat qabliyah (Isya', Zuhur, Subuh, Asar) maka hendaklah dikerjakan solat sunat qabliyah tersebut, tetapi untuk waktu yang tidak mempunyai sunat qabliyah maka Tahyatul masjid adalah lebih utama.

Soalan:
5. Apakah hukumnya bagi orang yang mengerjakan sembahyang sunat ketika khatib sedang membaca khutbah, sedangkan sebelum khatib membaca khutbah, diingatkan oleh bilal barangsiapa yang berkata "DIAM" sekalipun, akan luput pahala sembahyang jumaatnya.

Jawapan:
Diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah r.a katanya: Ketika Nabi s.a.w sedang berkhutbah pada hari Jumaat, datanglah seorang lelaki. Rasulullah s.a.w bertanya kepadanya: "Adakah engkau telah mendirikan sembahyang Tahiyyatul masjid, Wahai Polan! Orang itu menjawab: Belum! Rasulullah s.a.w bersabda: Bangun dan sembahyanglah!
Dari hadith itu, jelas bahawa sembahyang sunat ketika khatib membaca khutbah tidak meluputkan pahala Jumaat.

Soalan:
Kebiasaanya pada waktu sembahyang Jumaat jemaah akan melimpah sehingga keluar dari masjid. Masalah saya adakah sah Jumaat seseorang itu jika safnya terputus dari jemaah yang berada di dalam masjid.

Jawapan:
Antara syarat-syarat sah jemaah adalah seperti berikut:
• Tidak berdiri di hadapan imam kecuali ketika bersolat di keliling Kaabah.
• Mengetahui dengan pasti segala perbuatan imam, samada dengan cara melihat atau mendengar walaupun dengan bantuan orang lain (makmum di hadapannya) kecuali di antara imam dan makmum itu terpisah oleh sungai atau jalan atau jarak yang terlalu jauh.
Oleh itu sekiranya perkara di atas dipenuhi maka tidak jadi halangan bersembahyang di luar masjid sekalipun. Walaubagaimanapun untuk lebih afdal, datanglah awal untuk merebut saf yang paling dekat dengan imam.

Soalan:
6. Bagaimanakah sekiranya seseorang itu membawa dompet dan tali pinggang kulit di pakai semasa sembahyang. Apakah hukumnya.?

Jawapan:
Semua kulit kecuali yang daripada kulit khinzir dan anjing, adalah bersih setelah dibasuh sehingga hilang ainnya. Oleh yang demikian, hukum memakainya adalah harus.

Soalan:
7. Benarkah alkohol yang terdapat di dalam minyak wangi tidak boleh dibawa semasa sembahyang?Saya ingin tahu alkohol diperbuat dari apa bahan asasnya. Sebab ada yang berpendapat alkohol yang terdapat di dalam minyak wangi boleh dibawa semasa sembahyang.

Jawapan:
Terdapat khilaf dalam hal ini. Setengah berpendapat bahawa semua yang mempunyai unsur arak (alkohol) adalah haram, samada diminum atau dipakai. Setengah yang lain mengkatogerikan arak hanya kepada minuman yang memabukkan. Dan kerana minyak wangi bukan pada adatnya dibuat minuman, maka ianya tidak haram. Lebih lebih lagi dengan kemajuan sains yang mendapati bahawa semua tumbuhan mempunyai unsur alkohol seperti etanol,metanol dan sebagainya. Sedangkan kebanyakan minyak wangi berasal dari tumbuhan

8. Soalan:
Mana lebih afdal antara suami sembahyang bersama isteri dirumah atau suami berjemaah di masjid sedang isteri bersembahyang seorang dirumah.

Jawapan:
Suami adalah lebih afdal berjemaah masjid. Isteri pula lebih afdal sembahyang dirumah walaupun seorang. Sekiranya perempuan itu rupawan maka hukum bersembahyang dimasjid baginya adalah makruh.

9. Soalan:
1.Apakah jenis sembahyang sunat yang kerap dilakukan oleh Nabi S.A.W.
2.Bilakah masanya bermula mengikut jam (saya tak pandai tengok matahari)bagi sembahyang2 sunat Tahajud,Duha,Isyrak serta bilakah berakhirnya.

Jawapan
1. Solat-solat sunat yang dituntut untuk kita lakukan sebagaimana yang sering diamalkan oleh RAsulullah SAW. ialah Solat Rawatib, Dhuha, Awabin, Witir, Tahajjud, Isyraq, Tasbih, Hajat, Taubat, Musafir dan Tahiyyatul Masjid.
2. Waktu Solat Tahajjud ialah di sepertiga malam (lebihkurang pukul 2 atau 3 malam) selepas tidur. Solat Isyraq bermula apabila matahari terbit sehingga matahari berada kira-kira 30 kaki daripada ufuk bumi (jam 8 - 8.30 pagi) dan Waktu dhuha bermula selepas waktu Isyraq hingga sebelum gelincir matahari (Waktu Zohor).

10. Soalan:
Adakah sah sembahyang seseorang yang bermazhab Hanafi kerana orang yang bermazhab Hanafi tidak membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM didalam Fatihah sedangkan membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM di dalam Fatihah adalah wajib bagi orang yang yang bermazhab Syafie?

Jawapan :
Sembahyang orang yang bermazhab Syafie, yang menjadi makmum kepada orang yang bermazhab Hanafi adalah sah selagi mana makmum itu tidak mengiktikadkan bahawa sembahyang itu batal, kerana menurut mazhab Hanafi BISMILLAHIRRAHMAN-NIRRAHIM itu tidak termasuk dalam salah satu surah Al-Fatihah.h

Soalan :

Adakah diharuskan mengerjakan solat sunat lain selepas solat sunat witir? Perlukah mengulangi solat sunat witir tersebut?

Jawapan :

Ya, harus mengerjakan solat sunat lain seperti solat sunat Tahajjud selepas menunai-kan solat sunat witir. Tidak perlu mengulangi solat sunat witir tersebut kerana solat sunat witir hanya sekali di dalam satu malam.
Sabda Rasulullah S.A.W.,
Maksudnya: "Tiada dua witir dalam satu malam".

Wednesday, December 1, 2010

MASALAH BERKAITAN WUDUK

SIRI 1

Khas untuk anak-anak muridku!
Di sini saya paparkan masalah yang sering dihadapi oleh murid-murid.Sebagai penjelasan,saya berikan jawapan sebagai panduan.

Soalan :Adakah batal air sembahyang kita sekiranya tersentuh kulit dengan orang non-muslim (sama jantina)..

Jawapan:Tidak batal kerana mereka tidak najis. Akidah mereka saja yang dianggap salah. Yang berbeza hanyalah aurat dimana walaupun sama jantina kita perlu memelihara aurat kita dari mereka.

Soalan :Budak yang belum baligh boleh tak pegang quran tanpa wuduk

Jawapan :Budak yang belum baligh tidak dita'lif (beban)kan dengan dosa. Maka tidak ada dosa terhadap mereka. Walaubagaimanapun adalah menjadai tanggungjawab ibubapa untuk mendidik anak tersebut untuk menghormati Al-Quran sesuai dengan martabatnya sebagai kalam Allah s.w.t.. Begitu juga ulamak dahulu telah mengasingkan juz Amma untuk dibukukan menjadi mukaddam untuk memudahkan anak-anak belajar Al-Quran tanpa perlu membawa Al-Quran yang sebenar. Pun begitu orang tua dahulu amat menitikberatkan kemuliaan Mukaddam untuk melatih anak-anak untuk menghormati Al-Quran.

Soalan :Blehkan saya menciuman jenazah buat kali terakhir?

Jawapan:Sesiapapun tidak dihalang dari mencium jenazah. Tidak timbul persoalan wudhu jenazah terbatal kerana apabila seorang anak adam itu meninggal maka hilanglah tanggungjawabnya. Walaubagaimanapun, sekiranya yang mencium itu bukan mahramnya, maka wudhu pencium itu terbatal.


Soalan:
1.Apa hukumnya memegang Al-Quran dengan tanpa wuduk?
2.Bagaimana pula dengan Tafsir Al-Quran, adakah perlu berwuduk?

Jawapan:

1. Hukum memegang atau menyentuh al-Quran tanpa wuduk adalah haram kecuali dalam keadaan dharurat seperti menyelamatkannya daripada kebakaran dsb.
2. Yang dimaksudkan dengan al-Qur'an ialah mashaf al-Qur'an itu sendiri. oleh itu, tafsir al-Qur'an boleh dipegang tanpa wudhuk jika kandungan tafsirnya lebih banyak daripada ayat-ayat al-Quran di dalamnya.

Soalan:
Pakcik saya (adik kandung ayah saya) telah berkahwin, adakah batal wuduk saya jika berjabat tangan dengan isteri bapa saudara saya itu.

Begitu juga adakah batal wuduk isteri saya jika dia berjabat tangan dengan anak-anak abang saya yant telah akil baligh. Dan sebaliknya batalkah wuduk saya jika saya berjabat tangan dengan anak-anak perempuan saudara kandung kepada isteri saya yang telah akil baligh. Maksud saya anak-anak saudara perempuan isteri saya.

Jawapan:

1. Batal wudhuk jika anda berjabat tangan dengan isteri bapa saudara anda itu
2. Begitu juga batal wudhuk jika isteri anda berjabat tangan dengan anak-anak abang anda (anak saudara) yang telah baligh demikian juga sebaliknya.

Soalan:
Adakah terbatal air sembahyang sekiranya kita telah mengambil wuduk, dan selepas itu kita minum minuman selain daripada air sejuk. Adakah perlu kita mengambil air sembahyang sekali agi atau hanya perlu berkumur sahaja.

Jawapan:
Makan atau minum tidak membatalkan wuduk. Apabila hendak solat sedangkan wudhuk masih ada tetapi telah makan atau minum sesuatu maka perlulah membersihkan mulut terlebih dahulu dengan bersugi dan berkumur supaya sisa makanan atau perisanya dapat dihilangkan.

Soalan:
Adakah batal air sembahyang seseorang itu jika dia (secara tidak sengaja) terlelap sebentar (dalam keadaan berbaring); tetapi apabila terjaga, dia yakin bahawa tidak keluar angin semasa dia terlelap?

Jawapan:
Antara perkara yang membatalkan wudhu' itu ialah apabila seseorang itu tertidur dengan keadaan punggungnya tidak tetap iaitu tidur mengiring atau berdiri atau terlentang. Apabila terjaga daripada tidur dalam keadaan demikian maka perlu berwudhu' semula jika hendak solat walaupun dia yakin tiada keluar angin semasa lelap itu.

Soalan:
Adakah batal wuduk jika terpijak/terkena tahi cicak? Perlukah mengambil semula air sembahyang?

Jawapan:
Terpijak atau terkena tahi cicak tidak membatalkan wuduk begitu juga jika terkena najis yang lain. Ia hanya perlu dibersihkan mengikut kaedah yang telah ditetapkan oleh syarak.

Soalan:
1. Apakah Aurat Wanita ketika mengambil wuduk?
2.Adakah sah wuduk jika air paip termasuk ke dlm air tadahan ditangan untuk disapukan kemuka?

Jawapan:
1. Aurat wanita ketika mengambil wuduk adalah sama dengan keadaan biasa iaitu apabila ada lelaki ajnabi di situ maka auratnya adalah seluruh tubuh kecuali muka dan telapak tangan. Oleh itu, apabila wanita hendak berwuduk maka hendaklah dicari tempat yang terlindung daripada pandangan mereka supaya terpelihara aurat.

2. Air paip seperti yang biasa digunakan pada hari ini adalah air mutlak yang suci lagi menyucikan. Oleh itu ia sah digunakan untuk berwuduk sama ada yang ditadah dalam bekas yang isipadunya melebihi ukuran 2 kolah atau ditadah terus oleh tangan kita untuk menyapu anggota-anggota wudhuk.

Soalan :
Seseorang yang telah putus kakinya (perenggan lutut) dan menggunakan kaki palsu, adakah kaki palsu tersebut dianggap sebagai anggota wuduk?

Jawapan :
Kaki palsu tidak termasuk sebagai anggota wudhuk dan tidak wajib dibasuh memadai dengan meratakan air dibahagian anggota wudhuk yang masih ada.

Soalan :
Apakah hukum seseorang lelaki yang berwudhuk menyentuh seorang gadis yang belum baligh?

Jawapan :
Tidak batal wudhuk seseorang lelaki yang menyentuh seseorang gadis yang belum baligh sekalipun bukan muhrim tetapi jika ia mempunyai keinginan (nafsu) terhadap gadis (bukan muhrim) tersebut maka batal wudhuknya.

Soalan:
Jika seseorg itu baru lepas mandi, tetapi tidak membasahkan kepala,adakah perlu dia mengambil wudhu utk solat?

Jawapan:
1. Menyapu sedikit air di bahagian kepala adalah salah satu daripada enam fardu wudhu'. Oleh itu orang yang mandi tanpa membasahkan kepala mestilah mengambil wudhu' dengan sempurna apabila dia mahu mendirikan solat.

Soalan:
Sahkah seseorang lelaki atau perempuan mengambil air sembahyang dengan hanya memakai kain tuala bagi lelaki diikat dipinggang dan perempuan diikat di dada.

Jawapan:
Hukum mengambil wudhu' dengan keadaan mendedahkan aurat adalah makruh tetapi wudhuk sah jika sempurna syarat dan rukun-rukunnya.

Soalan:
Kaki merupakan sebahagian anggota wuduk,sekiranya kaki cedera dan berbalut,bolehkah kita mengambil air sembahyang dengan menyapu di atas kain sebagai syarat? Sekiranya tidak begaimana cara mengambil wuduk menggunakan air.

Jawapan:
Untuk menyelesaikan masalah yang saudari maksudkan berikut ialah cara-cara mengambil wudhuk:
Mengambil wudhuk seperti biasa, kemudian membasuh kaki yang boleh kena air dan disapu di atas pembalutnya yang tidak boleh kena air, seterusnya bertayammum selepas membasuh kaki atau bertayammum sebelum membasuh kaki bagi menggantikan tempat yang tidak boleh kena air.Solat tidak wajib diqada',jika pembalut itu tidak melebihi had yang diperlukan.

Kategori...!!!

Pengikut...!!!

Tentang Blog Ini...!!!

Blog ini menceritakan apa-apa sahaja yang bermanfaat tidak kira tentang agama, hal ehwal semasa, pendidikan mahupun teknologi.

  © Blogger template 'External' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP