Solat Sunat Dhuha
Solat sunat Dhuha merupakan satu ibadat sunat yang dituntut
berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan daripada Ibn
Abbas R.A. seperti berikut;
ثلاث هن علي فرائض، وهن لكم تطوع: الوتر، والنحر وصلاة الضحى
Maksudnya:“Ada
tiga perkara yang hukumnya wajib ke atasku dan sunat (sukarela) bagi
kamu, sembahyang witir, ibadah korban dan sembahyang Dhuha”[1]
Waktu
melakukannya ialah dari waktu naik matahari sehingga waktu condong
matahari kea rah barat dan pengiraan waktu Dhuha secara astronomi adalah
berdasarkan formula waktu Syuruk ditambah dengan satu pertiga perbezaan
waktu Syuruk dan waktu Subuh atau secara purata waktu Dhuha bermula 28
minit selepas waktu Syuruk dan ia berakhir setelah masuk waktu Zuhur.
Waktu dhuha ialah diantara setengah jam selepas waktu syuruk hingga
setengah jam sebelum waktu zuhur. Boleh dilakukan secara jemaah.
Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan
berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan
sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.
Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat
yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat
rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah
rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah
rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh
‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan
menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim
dan Ibnu Majah)
Limpahkan kepadaku segala yang telah Engkau limpahkan, kepada hamba-hambaMu yang soleh.