Monday, December 5, 2011

TASU'A DAN ASYURA

Asyura

Setiap tahun umat Islam selalu memperingati hari Asyura. Kita memperingatinya dengan cara yang telah dilakukan dan diajarkan oleh Rasulullah saw. Dimana agar kita berpuasa pada tanggal sembilan dan sepuluh Muharram, serta banyak beristigfar memohon ampunan dari Allah atas dosa-dosa yang telah kita perbuat. Begitu pula agar di hari Asyura, kita banyak bersedekah, terutama kepada anak yatim.
Ketika Rasulullah saw kembali ke Madinah (dari bepergian) beliau mendapatkan orang-orang Yahudi sedang berpuasa, kemudian beliau berkata kepada mereka : “Hari apa yang kalian puasai ini?” Mereka menjawab : “Hari ini adalah hari yang sangat mulia, hari di mana Allah telah menyelamatkan Nabi Musa as dan kaumnya serta menenggelamkan Fir’aun beserta tentaranya. Oleh karena Musa as berpuasa pada hari tersebut sebagai rasa syukur kepada Allah, maka kami ikut berpuasa.
Kemudian Rasulullah berkata: “Kami lebih berhak dan lebih utama dalam mengikuti Nabi Musa as daripada kalian.” Selanjutnya Nabi Muhammad berpuasa dan menganjurkan umatnya untuk berpuasa pada hari Asyura. Bahkan beliau kemudian menganjurkan agar umatnya berpuasa dua hari, yaitu pada hari kesembilan dan kesepuluh pada bulan Muharram, dan puasa tersebut dikenal dengan puasa Tasua dan Asyura.

Kelebihan puasa asyura.

1) Daripada Abdullah bin Abi Zaid bahawa beliau mendengar Ibnu Abbas ditanya tentang berpuasa pada Hari Asyura. Beliau menjawab: "Aku tidak tahu bahawa Rasulullah berpuasa sehari mengharapkan kelebihannya berbanding hari-hari lain kecuali pada hari ini (Asyura), tidak juga pada bulan-bulan lainnya kecuali pada bulan ini iaitu bulan Ramadhan," hadis soheh Bukhari (2006) & Muslim (1132).

2) Daripada Abu Qatadah bahawa Nabi berkata; "Berpuasa pada hari Asyura aku berharap kepada Allah agar mengkafarahkan setahun yang telah lalu,”hadis riwayat Muslim (1162) dan Abi Dawud (2425).


Dua hadis ini menggambarkan kelebihan berpuasa pada 10 Muharram. Iaitu pengampunan Allah bagi dosa tahun yang lalu. Yang masyhurnya dikalangan ulama pengampunan dosa ini hanyalah pada dosa-dosa kecil bukan dosa-dosa besar yang perlukan kepada taubat. Imam An-Nawawi berkata; " Diampunkan bagi dosa-dosa kecil dan takdirnya ialah; diampunkan dosa-dosanya keseluruhannya kecuali dosa-dosa besar". Al-Majmuk 6/382.


Syeikhul islam Ibnu Taimiyyah berkata; "Pengampunan dosa bagi orang yang bersuci (berwuduk), solat, puasa Ramadhan, puasa Arafah dan Asyura hanyalah bagi dosa-dosa kecil sahaja". Al-fatawa al-kubra 4/428.


Apa yang mereka nyatakan ini adalah bersandarkan kepaada hadis Nabi dalam soheh Muslim daripada Abu Hurairah bahawa Nabi bersabda; "Solat lima waktu, Jumaat kepada Jumaat, Ramadhan kepada Ramadhan, adalah pengampunan dosa diantara keduanya jika dijauhi dosa-dosa besar".


Banyak berpuasa pada bulan-bulan haram;

Daripada Abu Hurairah berkata, Nabi bersabda; "Sebaik-baik puasa selepas Ramadhan ialah bulan Allah yang diharamkan," riwayat Muslim (1982).


Bulan yang disandarkan kepada Allah menunjukkan pengagungan. Daripada zahir hadis menunjukkan bahawa ianya adalah merangkumi semua bulan-bulan haram (Rajab, Zulqaedah, Zulhijjah dan Muharram). Akan tetapi perlu diketahui bahawa tidak pernah thabit daripada Baginda bahawa beliau berpuasa penuh sebulan kecuali pada bulan Ramadhan. Maka hadis ini memberi maksud galakkan agar membanyakkan puasa pada bulan-bulan tersebut.

NIAT BERPUASA SUNAT PADA KE 9 MUHARRAM
Sahaja aku berpuasa Sunat Hari Tasu'a kerana Allah Taala.

NIAT BERPUASA SUNAT PADA KE 10 MUHARRAM
Sahaja aku berpuasa Sunat Hari Asyura kerana Allah Tala.

Semoga ibadah kita diterima oleh Allah SWT.

Saturday, November 26, 2011

sedekah

8 Perkara Yang Dikira Sedekah ialah ;

1. Bertasbih itu merupakan sedekah
2. Setiap takbir juga merupakan sedekah
3. Tahmid dan tahlil juga adalah bentuk sedekah
4. Setiap perkara atau perintah untuk membuat makruf itu sedekah
5. Melarang orang membuat mungkar itu juga sedekah
6. Bersama atau bergaul dengan isteri, itu juga dikira sedekah
7. Senyum pun sedekah
8. Bagi duit pada orang susah @ orang yang memerlukan itu sedekah

“Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka pahalanya itu untuk kamu sendiri. Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan kerana mencari keredaan Allah (ikhlas). Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan, nescaya kamu akan diberi pahalanya dengan cukup, sedangkan kamu sedikit pun tidak akan dianiaya. ” (Surah al-Baqarah, ayat 272).

Hadis dari Abu Hurairah yang diriwayatkan Al-Bukhari bahwa seseorang berkata kepada Nabi saw., “Sedekah yang mana yang lebih utama itu?” Nabi bersabda, “Engkau bersedekah dalam keadaan senang (shahih) dan berkeinginan (harish).”

Dalam riwayat Ibnu Hibban dan Hakim dari ‘Uqbah ia mendengar Rasulullah bersabda, “Setiap orang bernaung di bawah perlindungan sedekahnya hingga ditetapkan hisab (perhitungan) di antara manusia di yaumul akhirah(hari perhitungan) .”

Kategori...!!!

Pengikut...!!!

Tentang Blog Ini...!!!

Blog ini menceritakan apa-apa sahaja yang bermanfaat tidak kira tentang agama, hal ehwal semasa, pendidikan mahupun teknologi.

  © Blogger template 'External' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP