Saturday, January 31, 2009

PRODUK MUSLIM





PRODUK MINUMAN





KOPI PRA-CAMPURAN RADIX(15 SACHET)(S.M) RM 15.00(S/S) RM 18.00






KOPI PRA-CAMPURAN RADIX(32 SACHET)(S.M) RM 30.00(S/S) RM 36.00

BELILAH BARANGAN DAN MAKANAN YANG HALAL LAGI BAIK

Tiga perkara asas pilih makanan halal dan suci

PENGGUNA perlu bijak memilih keperluan sesuai dengan apa yang diperintahkan Allah dan Rasul-Nya. Islam menggariskan beberapa panduan yang jelas supaya diikuti oleh pengguna Muslim.
Pertama, Islam menyuruh umatnya mencari dan mengambil makanan yang halal dan baik untuk memenuhi keperluan fisiologi mereka. Suruhan ini ditegaskan dalam firman Allah yang bermaksud: “Wahai sekalian manusia! Makanlah apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik.” (Surah al-Baqarah, ayat 168)
Di Malaysia, status halal sesuatu makanan dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Oleh itu, bagi pengguna Muslim perlu memastikan label halal Jakim terdapat pada barang yang hendak dibelinya.
Pembeli hendaklah mengenal pasti label yang dikeluarkan Jakim supaya tidak terkeliru dengan label halal yang digunakan pihak tidak bertanggungjawab untuk melariskan barang mereka.
Jika pengguna hendak menyemak barang yang dibeli itu dengan lebih pasti, apakah ia terdapat dalam senarai Jakim, pengguna boleh menggunakan telefon bimbit dengan menaip (Halal_no. kod pada barang) dan hantar kepada 32728 atau DAPAT.
Hanya dalam beberapa saat, pengguna akan mendapat maklumat status barang yang hendak dibeli sama ada terdapat dalam senarai barangan halal Jakim atau tidak.
Islam menyuruh kita menjauhi barang yang diharamkan kerana makanan yang dimakan akan menjadi darah daging dalam tubuh badan. Dengan adanya darah daging yang tumbuh daripada makanan haram, ia akan menjadi penyebab doa seseorang itu tidak dimakbulkan Allah.
Di samping halal, umat Islam digesa mencari makanan yang baik untuk tubuh badan bagi menjana kecergasan mental dan fizikal. Tubuh badan yang sihat dan cergas penting bagi melakukan ibadat kepada Allah dalam keadaan selesa.
Hal ini ditegaskan dalam firman Allah yang bermaksud: “(Dikatakan kepada mereka) Makan dan minumlah kamu akan makanan dan minuman yang lazat dan baik.” (Surah at-Tur, ayat 19)
Kedua, Islam melarang umatnya berlebih-lebihan memenuhi keperluan kehidupan. Larangan ini ditegaskan dalam firman Allah yang bermaksud: “Dan makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu melampau-lampau, sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampau batas.” (Surah al-A’raf, ayat 31)
Sifat itu juga ditegah Rasulullah SAW seperti sabda Baginda: “Makanlah serta minumlah, dan bersedekahlah, dan juga pakailah (pakaian yang baik-baik serta berhiaslah), asalkan jangan untuk bermegah-megah dan menyombong, dan jangan pula melampau, kerana Allah SWT suka melihat kesan nikmat-Nya ke atas hamba-Nya.” (Hadis riwayat Ibn Majah)
Allah dan Rasulullah SAW melarang daripada berlebih-lebihan kerana akan membawa kepada pembaziran yang merugikan akibat mengikut hawa nafsu dalam berbelanja.
Kita digalakkan berjimat cermat dalam kehidupan kerana kita tidak dapat menduga keperluan untuk masa hadapan keluarga kita. Adalah lebih baik kita berhati-hati dalam memenuhi tuntutan kehidupan.
Ketiga, umat Islam disuruh bersyukur atas nikmat kurniaan Allah dalam kehidupan mereka supaya mereka tidak menjadi kufur. Allah menyuruh hamba-Nya bersyukur kerana Dialah menyediakan rezeki sesuai dengan keperluan manusia seperti firman Allah bermaksud: “Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepada-Nya.” (Surah Saba, ayat 15)
Mereka yang bersyukur kepada Allah, dijanjikan penambahan rezeki dalam kehidupan kerana mereka tahu daripada Allah sajalah segala pemberian itu datang dan menggunakan rezeki itu ke jalan diredai-Nya.
Janji itu disebutkan dalam firman Allah yang bermaksud: “Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmat-Ku kepada kamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amatlah berat.” (Surah Ibrahim, ayat 7)
Allah menggesa orang Islam supaya menjadi manusia yang bersyukur kepada-Nya kerana ramai manusia yang diberikan nikmat oleh Allah, lupa untuk mengucapkan syukur kepadanya.
Hal ini dijelaskan dalam firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah SWT sentiasa melimpah-limpahkan kurniaan-Nya kepada manusia (seluruhnya), tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur.” (Surah al-Baqarah, ayat 243)
Itulah tiga perkara asas yang perlu dilakukan pengguna Muslim dalam memenuhi tuntutan kehidupan di atas muka bumi iaitu mencari makanan halal dan baik.
Oleh Dr Ahmad Redzuwan Mohd Yunus
(Penulis ialah Pensyarah Kanan di Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia)
Sumber : Berita Harian 27 April 2007

Tiga perkara asas pilih makanan halal, suci

Oleh Dr Ahmad Redzuwan Mohd Yunus
PENGGUNA perlu bijak memilih keperluan sesuai dengan apa yang diperintahkan Allah dan Rasul-Nya. Islam menggariskan beberapa panduan yang jelas supaya diikuti oleh pengguna Muslim.Pertama, Islam menyuruh umatnya mencari dan mengambil makanan yang halal dan baik untuk memenuhi keperluan fisiologi mereka. Suruhan ini ditegaskan dalam firman Allah yang bermaksud: “Wahai sekalian manusia! Makanlah apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik.” (Surah al-Baqarah, ayat 16
Di Malaysia, status halal sesuatu makanan dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Oleh itu, bagi pengguna Muslim perlu memastikan label halal Jakim terdapat pada barang yang hendak dibelinya.
Pembeli hendaklah mengenal pasti label yang dikeluarkan Jakim supaya tidak terkeliru dengan label halal yang digunakan pihak tidak bertanggungjawab untuk melariskan barang mereka.
Jika pengguna hendak menyemak barang yang dibeli itu dengan lebih pasti, apakah ia terdapat dalam senarai Jakim, pengguna boleh menggunakan telefon bimbit dengan menaip (Halal_no. kod pada barang) dan hantar kepada 32728 atau DAPAT.
Hanya dalam beberapa saat, pengguna akan mendapat maklumat status barang yang hendak dibeli sama ada terdapat dalam senarai barangan halal Jakim atau tidak.
Islam menyuruh kita menjauhi barang yang diharamkan kerana makanan yang dimakan akan menjadi darah daging dalam tubuh badan. Dengan adanya darah daging yang tumbuh daripada makanan haram, ia akan menjadi penyebab doa seseorang itu tidak dimakbulkan Allah.
Di samping halal, umat Islam digesa mencari makanan yang baik untuk tubuh badan bagi menjana kecergasan mental dan fizikal. Tubuh badan yang sihat dan cergas penting bagi melakukan ibadat kepada Allah dalam keadaan selesa.
Hal ini ditegaskan dalam firman Allah yang bermaksud: “(Dikatakan kepada mereka) Makan dan minumlah kamu akan makanan dan minuman yang lazat dan baik.” (Surah at-Tur, ayat 19)
Kedua, Islam melarang umatnya berlebih-lebihan memenuhi keperluan kehidupan. Larangan ini ditegaskan dalam firman Allah yang bermaksud: “Dan makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu melampau-lampau, sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampau batas.” (Surah al-A’raf, ayat 31)
Sifat itu juga ditegah Rasulullah SAW seperti sabda Baginda: “Makanlah serta minumlah, dan bersedekahlah, dan juga pakailah (pakaian yang baik-baik serta berhiaslah), asalkan jangan untuk bermegah-megah dan menyombong, dan jangan pula melampau, kerana Allah SWT suka melihat kesan nikmat-Nya ke atas hamba-Nya.” (Hadis riwayat Ibn Majah)
Allah dan Rasulullah SAW melarang daripada berlebih-lebihan kerana akan membawa kepada pembaziran yang merugikan akibat mengikut hawa nafsu dalam berbelanja.
Kita digalakkan berjimat cermat dalam kehidupan kerana kita tidak dapat menduga keperluan untuk masa hadapan keluarga kita. Adalah lebih baik kita berhati-hati dalam memenuhi tuntutan kehidupan.
Ketiga, umat Islam disuruh bersyukur atas nikmat kurniaan Allah dalam kehidupan mereka supaya mereka tidak menjadi kufur. Allah menyuruh hamba-Nya bersyukur kerana Dialah menyediakan rezeki sesuai dengan keperluan manusia seperti firman Allah bermaksud: “Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepada-Nya.” (Surah Saba, ayat 15)
Mereka yang bersyukur kepada Allah, dijanjikan penambahan rezeki dalam kehidupan kerana mereka tahu daripada Allah sajalah segala pemberian itu datang dan menggunakan rezeki itu ke jalan diredai-Nya.
Janji itu disebutkan dalam firman Allah yang bermaksud: “Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmat-Ku kepada kamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amatlah berat.” (Surah Ibrahim, ayat 7)
Allah menggesa orang Islam supaya menjadi manusia yang bersyukur kepada-Nya kerana ramai manusia yang diberikan nikmat oleh Allah, lupa untuk mengucapkan syukur kepadanya.
Hal ini dijelaskan dalam firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah SWT sentiasa melimpah-limpahkan kurniaan-Nya kepada manusia (seluruhnya), tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur.” (Surah al-Baqarah, ayat 243)
Itulah tiga perkara asas yang perlu dilakukan pengguna Muslim dalam memenuhi tuntutan kehidupan di atas muka bumi iaitu mencari makanan halal dan baik
Rujukan : http://www.yakinhalal.com/info1.htm
Dipetik daripada Blog Amin AlKalantani

Tahukah anda, 90% produk-produk bagi keperluan makanan adalah hasil buatan mereka yang bukan Muslim dan kebanyakan mereka adalah daripada kaum Cina. Walaupun di pasaran Malaysia sekarang, produk-produk yang dihasilkan mempunyai 'lesen' halal, namun perlu kita fahami bahawa sekiranya di sana adanya barangan yang sama yang dijual oleh orang Islam sendiri, adalah lebih 'afdhal' sekiranya kita sebagai ummat Islam membeli barangan Muslim.Di Malaysia, kuasa membeli sebenarnya dikuasai oleh orang Islam sendiri iaitu sebanyak 60% berbanding lain-lainnya hanya sebanyak 40%. Seharusnya, orang-orang Islam sendiri berusaha untuk mnghasilkan dan menjual barangan Islam, seterusnya memenuhi tuntutan agama agar kandungan di dalam 'perut' kita nanti adalah daripada yang bukan sahaja Halal semata-mata bahkan yang Halal lagi baik (Halalan Thoyyiba).MUSLEEM MART menjual barangan Muslim khususnya barang-barang keperluan makanan harian anda sekeluarga. Proses dan perusahaan bagi barangan yang akan diiklankan di dalam site ini adalah dijamin 'Halalan Thoyyiba'. Ayuhlah ummat Islam meninggikan syiar agama di setiap penjuru termasuklah dalam hal pemakanan. Ingat! Mencari yang Halal dan Baik adalah tanggungjawab kita semua sebagai Muslim. Salam muhibbah.
Dipetik daripada : Musleem Mart.

Monday, January 26, 2009

BOIKOT BARANGAN ISRAEL DAN SEKUTUNYA




Al Quran dan sejarah telah membuktikan bahawa Yahudi adalah suatu bangsa yang zalim.Sekali lagi kekejaman di Palestin dedah agenda Israel hancurkan umat Islam yang dianggap seteru utama.Umat Islam sudah mengenal siapakah musuh utama.Bangsa Yahudi dan Nasrani merupakan musuh yang kita nampak dan nafsu jahat serta iblis dan syaitan adalah musuh yang tidak dapat dilihat.Kejahatan Yahudi sudah wujud begitu lama,misalnya Rasulullah pernah memakan daging yang dimasukkan racun dengan niat untuk membunuh baginda.Lebih menjelaskan lagi,dapat dipetik daripada al quran yang bermaksud;
"Wahai orang beriman!Jangnlah kamu mengambil orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat kerana sesetengah mereka menjadi teman rapat kepada sesetengahnya yang lain;dan ssiapa antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya,maka sesungguhnya ia adalah daripada golongan mereka itu.Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang brlaku zalim.

SENARAI BARANGAN ISRAEL DAN AMERIKA SERTA SEKUTUNYA
MakananSyarikat Tasty FoodsProduk: Makanan RinganJenama: Samba, Fun, Lays... dan sebagainya.Syarikat HeinzProduk: Puri Tomato, Ketchup, Sos Cili & Tomato... dan sebagainya.Syarikat LambertProduk: Gula-gulaJenama: Chiclets, Adams, Clorets, Snack, Halls... dan sebagainya.Syarikat HosstessProduk: Makanan Ringan & KekJenama: Twinkess, Hos Hos, Cup Cake... dan sebagainya.Syarikat CadburyProduk: Coklat, Gula-gula, makanan ringan... dan sebagainya.Syarikat Coca-colaProduk: Minuman bergasJenama: Coca-cola, Fanta, Sprite, Pepsi, 7-up, Mountain Dew, Miranda... dan sebagainya.Syarikat Hadaiq CaliforniaSyarikat RockyProduk: Basbuosah, Jeli Om-Ali... dan sebagainya.Syarikat Perrier-VittelProduk: Air Galian Barakah... dan sebagainya Syarikat NestleProduk: Makanan Ringan, Minuman, Campuran MasakanJenama: Kit-kat, Perrier, Nescafe, Maggie, Vittel, Pure Life, Nido, Smarties, Lion, Polo, After Eight, Coffe Mate, Nesquik, Aero, Quality Street, Felix (makanan haiwan-kucing), Croose & Blackwell, Milkmaid, Carnation, Shreddies, Baci Baby Ruth, ButterFinger, MilkyBar, Frutips... dan sebagainya.Syarikat AmericanaProduk: Burger, Sausage, Ayam... dan sebagainya.Minyak Sayuran Rawabi, FernMakaroni Columbus, HayoChipsy Delta

Super Market :Sainsburry,Heiz,Edge,Tesco.
Kedai Makan:RestoranMcDonalds,Tikka,Kentucky Fried Chicken (KFC),KantisArby's,Pizza Hut,Chicken TikkaParadise,McBurger,
Alat Pencuci dan Kecantikan:Syarikat Procter & GambleProduk: Kesihatan, Syampu, Sabun Jenama: Head & Shoulders, Pert Plus, Pantene, Always, Tide, Crest, Pampers, Lux, Palmolive, Camay, Zest, Ariel, Fairy, Signal 2, Close Up, Colgate, Monsieur Propre, Oil of Olaz, Petrol Hahn, Pringles, Sanicroix, Tampax, Tempo, Vicks, Vizir, Yes Swiffer, Ace, Action 500, Bonux, Mr Clean... dan sebagainya.Syarikat Palmolive Produk: Pencuci dan Sabun Jenama: Ajax, Palmolive, Tahiti, Axion, Bingo, Fabe, Felire, La croix, Mennen, Murphy... dan sebagainya.Syarikat Johnson & JohnsonProduk: Kesihatan dan Penjagaan Diri Syarikat Johnson Produk: Pewangi dan Ubat Nyah SeranggaJenama: Raid, Glade... dan sebaginya.Syarikat Revlon Make-up,Syarikat East In Sambel,Syarikat Beverly Hills,Syarikat Sitreen.
Bahan Tenaga Bateri Kenderaan :Milestone Bateri Kenderaan Powder ,Bateri Kecil Energyzer, Duracell, Eveready... dan sebagainya.
Alatan Sukan:Nike,UniversalPower,ParamountYoungers.
Pakaian:Jean's Basic,Kelvin KleinLevi's,Basic Ralph Lauren.
Alatan Pejabat:Syarikat Delta EgyptParker SchifferPen SchifferHigher.
Alatan Komunikasi dan Teknologi Maklumat:Mac,IBM,Intel,Uracel,Nokia,Motorola dan Digital

Kategori...!!!

Pengikut...!!!

Tentang Blog Ini...!!!

Blog ini menceritakan apa-apa sahaja yang bermanfaat tidak kira tentang agama, hal ehwal semasa, pendidikan mahupun teknologi.

  © Blogger template 'External' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP