Wednesday, July 15, 2009

Israk dan Mikraj

Bulan rejab bulan Istimewa.Allah telah mentakdirkan kepada Rasulullah s.a.w.diisrak dan dimikrajkan.Dalam peristiwa itu terdapat nilai dan pengajaran yang dapat diambil iktibar.Paling penting yang dipertintahkan oleh Allah s.w.t.kepada umat Islam ialah menunaikan solat fardhu yang lima.Ibadah ini merupakan tiang agama.Kita sepatutnya memelihara waktu solat dan melakukannya dengan sempurna dengan rasa ikhlas apabila tiba waktunya.Terdapat banyak rahsia disebalik mendirikan solat.Ianya menjdi kayu pengukur keimanan dan ketaatan umat islam kepad Allah dan Rasulnya.
Kini ramai di kalangan umat islam yang tidak menghiraukan ibadah yang penting itu.Padahal solat boleh dilakukan di mana dan apa keadaan pun.Kelonggaran Allah telah sediakan agar kita tidak meninggalkan solat.Di negara kita Malaysia,banyak terdapat surau dan masjid yang sering dijadikan tempat kita bersolat.Namun begitu,masih ada lagi umat islam yang enggan menunaikan solat.Dosa dan pahala sudah tahu.Balasan syurga dan neraka sudah diketahui.Bala bencana yang menimpa dianggap sepi dan itu adalah bencana alam dan lumrah hidup semata-mata.Kemurkaan Allah tidak disedari.
Marilah kita mengambil berat tentang betapa pentingnya ibadah solat dalam kehidupan kita.

Monday, July 6, 2009

KEHANCURAN UMAT ISLAM ADA KAITANNYA DENGAN DOSA DAN MAKSIAT

Umat Islam adalah umat petunjuk dan pemimpin yang dipilih oleh Allah untuk menjalankan risalahNya.Umat Islam juga adalah umat syahadah kelak di hadapan Tuhan.Allah memilih umat islam untuk memikul amanah dengan jujur,menyampaikan dakwah dengan azam,berjihad di jalan Allah,menyerahkan jiwa dan raganya.Ini bermaksud umat islam akan membawa kemakmuran di muka bumi ini.

Kini kita lihat umat islam ditimpa pelbagai musibah,cubaan,bala dan malapetaka.Mengapa kita yang lebih banyak menerima keburukan berbanding umat yang lain?.Umat islam dahulu merupakan pemimpin yang didengari kata-katanya dan dipatuhi perintahnya,kekuasaan dari segi politik sekian lama dalam genggaman kita,laungan kita disambut dan seruan kita dijawab oleh seluruh penghuni dunia kerana mereka yakin akan kejujuran kita.

Kelemahan kitalah yang menyebabkan orang-orang yang lemah berani menguasai kita,akhirnya kita diperalat sesuka hati oleh orang-orang yang jahat dan kita diperintah oleh orang-orang suka berbuat dosa.

Hadis Abu Darda' ada memberitahu;Ketika kita berada di dalam kekuasaan dan mempunyai kewibawaan di dunia,ketika kita memiliki senjata dan kekayaan hingga kita mempunyai pengaruh yang kuat di seluruh dunia.Keburukan apa pun yang mereka terima di dunia dan akhirat,tidak lain ialah kerana kemaksiatan dan tindak-tanduk yang melanggar ketentuan Ilahi,mereka juga melakukan kebaikan dan keburukan serentak atau seiringan.

Tidak diturunkan azab melainkan kerana dosa dan tidak terangkat dosa melainkan dengan bertaubat.

Saturday, July 4, 2009

KESAN AIR MATA

Para ulama telah menggariskan beberapa pendekatan bagi memperoleh jalan untuk memastikan agar AIR MATA yang mengalir itu adalah disebabkan TAKUT kepada Allah SWT.

1. Bergaul dengan para Solihin yang sering mengingatkan diri kepada Allah,sentiasa merasa bertanggungjawab untuk menyelamatkan agama Islam yang semakin tercemar dengan tindakan orang-orang Islam sendiri.
2. Memerhati alam sekeliling hasil ciptaan Allah bagi membangkitkan diri daripada kealpaan kepada istiqamah dengan ajaran Islam.
3. Sentiasa melakukan muhasabah diri terhadap segenap kesalahan yang pernah dilakukan.
4. Mencari atau menyediakan persekitaran yang baik adalah satu kaedah untuk mampu MENANGIS kerana takut kepada allah.
5. Mencari contoh teladan yang baik bagi mencerminkan diri kepadanya.

Imam Qayyim al-Jawziyyah ada menegaskan TANGISAN individu itu terletak kepada kefahaman serta penghayatan seseorang itu terhadap agamanya.

1. Menangis kerana kasih-sayang dan kelembutan hati.
2. Menangis kerana rasa takut.
3. Menangis kerana cinta.
4. Menangis kerana gembira.
5. Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6. Menangis kerana terlalu sedih.
7. Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9. Menangis kerana mengikut orang lain menangis.
10.Menagis orang Munafik ( pura-pura menangis ).

FAKTOR KERUNTUHAN UMAT ISLAM

Faktr utama yang menyebabkan keruntuhan Umat Islam ialah kerana mereka telah berubah dari kesatuan dan persatuan dalam urusan agama dan dunia mereka menjadi;

1. Mereka berebut-rebut untuk menjadi ketua yang diberi kuasa dan mandat.
2. Mereka berubah menjadi manusia yang ta'assub sama ada ta'assub perkauman,bangsa dan keturunan.
3. Pertentangan dalam hal dasar-dasar agama dan cabangnya.
4. Adanya usaha adu-mengadu dan tersebarnya fitnah daripada ejen-ejen rahsia penjajah.
5. Menjauhi roh Islam.
6. Mengenepikan pendidikan atau ajaran Islam yang murni.
7. Bergantung kepada kulit dan upacara-upacara yang dibangsakan kepada Islam,alaupun sebenarnya ia tidak ada kaitan dengan Islam.
8. Meninggalkan kebenaran yang dinyatakan Islam.
9. Tidak menerima seruan orang-orang yang mahu memperbaiki keadaan masyarakat,sebaliknya mereka memperlekeh orang-orang yang berniat baik.
10.Kejahilan yang nyata terhadap kebenaran Islam.Ini menyebabkan Umat islam tidak tahu ajaran islam sebenar yang dibawa oleh Islam yang menjadi penganutnya.Ingat kejahilan adalah musuh utama kita.( manusia ).

Kategori...!!!

Pengikut...!!!

Tentang Blog Ini...!!!

Blog ini menceritakan apa-apa sahaja yang bermanfaat tidak kira tentang agama, hal ehwal semasa, pendidikan mahupun teknologi.

  © Blogger template 'External' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP