Sunday, June 14, 2009

ANTIDADAH - Google Image Search

ANTIDADAH - Google Image Search

Saturday, June 13, 2009

PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH DI SEKOLAH

PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH UNTUK GURU DAN PELAJAR

Bila seseorang itu di anggap menyalahgunakan dadah?

Menyalahgunakan dadah bermaksud menggunakan dadah bukan atas tujuan perubatan.

Apakah yang dimaksudkan dengan ketagihan dadah?
Ketagihan ialah satu keadaan bila seseorang bergantung kepada dadah untuk membolehkannya melakukan aktiviti harian dan mengelakkan dari mengalami kegianan.

Apakah itu gian?

Gian adalah gejala yang dialami oleh penagih dadah kerana tindakbalas samada mengurangkan keperluan dadah dari kebiasaan atau ingin berhenti terus dari mengambil dadah. Ini berlaku kerana toleran sudah berlaku. Gejala ini termasuk berkeinginan yang melampau untuk mengambil dadah.

Apakah itu toleran?

Toleran berlaku apabila seseorang individu perlu menambah dos/kuantiti dadah yang biasa diambil bagi mendapat kesan yang sama Keadaan ini juga dikenali sebagai penggantungan fizikal.

Apakah itu pergantungan?

Kegagalan untuk berfungsi apabila tidak mengambil dadah. Ini termasuk penggantungan fizikal, psikologikal dan kegagalan menangani tabiat harian.

Bagaimana mengesyaki seseorang itu penagih dadah?
Penagih dadah :
• Gagal melaksanakan tanggungjawab di rumah dan di sekolah.
• Meneruskan tabiat mengambil dadah walaupun mengetahui kesan buruk dan masalah yang timbul dari penyalahgunaan dadah kepada diri sendiri dan orang lain.

Apakah tanda - tanda yang biasa diperkatakan bahawa seseorang itu penagih dadah?
Penagih dadah boleh :
• Ponteng sekolah
• Disiplin menurun
• Tercicir dari persekolahan
• Mengasingkan diri dari murid lain
• Selalu mengasingkan diri di tempat yang terpencil (bilik stor, tingkat bawah bangunan dsb)
• Menunjukkan perubahan sikap dan kelakuan
• Penampilan wajah yang tidak terurus dan tahap kesihatan menurun
• Hilang selera makan
• Berat badan menurun

Penagih dadah juga boleh menunjukkan tanda-tanda berikut :
• Mata merah
• Bekas suntikan di lengan
• Suka berhutang
• Mencuri barang yang mudah dijual

Bagaimana dan di mana bantuan boleh diperolehi bagi mereka yang sudah terlibat dengan penagihan dadah?
• Berbincang dengan :
o Ibu bapa
o Guru kaunseling
o Guru
o Kawan/sahabat yang dipercayai
o Kaunseling /pembimbing rakan sebaya (PRS)
o Doktor
• Kumpulan penyokong
• Pegawai Kebajikan Masyarakat
• Pegawai pemulihan (Agensi Dadah Kebangsaan)

KES JENAYAH SEMAKIN MEMBIMBANGKAN KITA

JENAYAH SEMAKIN MEMBIMBANGKAN KITA.

Jenayah merupakan satu perbuatan yang menyalahi undang-undang kerajaan sesuatu tempat. Orang yang melakukan perbuatan jenayah ini dinamakan penjenayah.
Idea asas apa yang dikatakan jenayah ialah apa-apa yang boleh memberikan masalah atau kesusahan kepada orang lain. Sebagai contoh, semua orang bersetuju bahawa mencuri dan mencederakan/membunuh orang lain adalah perbuatan jenayah.
Namun demikian, ada juga perkara-perkara yang dianggap jenayah di sesuatu negara mungkin tidak dianggap jenayah di negara yang lain. Sebagai contoh, bercium di khalayak ramai merupakan satu jenayah dari sisi undang-undang Malaysia dan boleh didenda, tetapi tidak di negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat. Banyak undang-undang berkenaan jenayah diambil daripada undang-undang agama.
Selalunya, tugas mencegah jenayah dan menangkap penjenayah adalah di bawah tanggungjawab pihak polis. Mereka berhak menahan sesiapa yang disyaki untuk dibicarakan oleh mahkamah/hakim. Sekiranya sabit kesalahan, pesalah tersebut boleh didenda atau dipenjarakan. Sesetengah negara juga mempunyai hukuman mati untuk kesalahan tertentu seperti membunuh dan mengedar dadah. Bagi sesetengah kesalahan kecil seperti memandu melebihi had laju, pihak polis boleh mendenda pemandu tersebut dengan terus, tanpa perlu mendakwanya di mahkamah.

Jenayah boleh dibahagikan kepada beberapa kategori (yang bertindan):
• Jenayah berat
• Jenayah komputer dan jenayah siber
• Jenayah terhadap manusia
• Jenayah ke atas harta benda
• Jenayah terhadap keselamatan negara
• Jenayah hakcipta dan paten
• Jenayah dadah
• Jenayah seksual
• Jenayah senjata
• Jenayah perang
• Jenayah juvana

• Jenayah di kalangan pelajar dan remaja.

• Hari ini, masyarakat kita telah dikejutkan dengan pelbagai kes jenayah yang melibatkan pelajar dan remaja. Kejadian jenayah tersebut telah menggambarkan keseriusan kejadian jenayah di kalangan pelajar dan remaja. Semakin hari kes-kes jenayah ini semakin berleluasa.lsu ini sungguh memalukan memandangkan negara kita sekarang merupakan negara yang sedang pesat membangun. persoalannya, apakah punca-punca yang menyebabkan berleluasanya kegiatan jenayah di kalangan pelajar dan remaja dan apakah masalah ini dapat diatasi?
• Jika dikaji begitu banyak punca berlakunya kes-kes jenayah di kalangan remaja. Antaranya ialah didikan yang kurang sempurna daripada ibu bapa dan keluarga. Ibu bapa ialah orang yang paling dekat dan yang paling penting dalam pembentukan peribadi dan sahsiah di kalangan anak-anak. Pada zaman teknologi maklumat dan globalisasi sekarang, mereka sentiasa sibuk bekerja dalam mengisi tuntutan kebendaan sehingga mereka lupa akan tanggungjawab hakiki mereka iaitu mendidik dan mengajar anak-anak menjadi insan yang sempurna. Inilah punca utama yang menyebabkan akhlak pelajar-pelajar dan remaja-remaja runtuh. Natijahnya mereka tergamak melakukan jenayah berat seperti merogol, membunuh, menyamun, dan peras ugut.
• Pengaruh rakan sebaya juga merupakan punca berleluasanya kegiatan jenayah di kalangan pelajar-pelajar dan remaja-remaja kerana mereka sungguh rapat dengan rakan-rakan sebaya mereka. Pelajar-pelajar lebih banyak menghabiskan masa mereka di sekolah dan selepas pulang dari sekolah pula, mereka akan melepak di tempaMempat tertentu seperti pasar raya sebelum pulang ke rumah. Mereka lebih suka mencari rakan sebaya untuk menemani mereka. Jika mereka bijak memilih rakan yang dapat memimpin mereka, mereka tidak akan mudah terjebak dengan kegiatan yang tidak bermoral. Sebaliknya jika mereka tersalah pilih rakansudah pastimereka juga akan berkelakuan tidak bermoral kerana sememangnya remaja-remaja mudah terikut perangai rakan. Di sinilah berpuncanya kegiatan jenayah seperti peristiwa membakar sekolah, kes ragut, dan sebagainya.
• Selain itu, media massa juga menjadi punca kegiatan jenayah di kalangan remaja.Tidak dinafikan kemudahan seperti Internet, e-mel, televisyen, dan radio memudahkan kita untuk berkomunikasi, mendapatkan maklumat, dan berhibur. Akan tetapi banyak juga kesan-kesan negatif daripada kemudahan ini. Jika tidak dimanfaatkan dengan betul. Contohnya, menyalahgunakan Internet untuk memalsukan data-data penting, menonton gambar-gambar lucah, dan sebagainya yang akan mendorong mereka untuk melakukan jenayah seperti rogol, bunuh, pengedaran pil-pil khayal, dan dadah.
• Namun begitu, segala jenayah di atas dapat dibendung jika perhatian dan pendekatan yang lebih diberikan kepada remaja-remaja tersebut. Contohnya, ibu bapa hendaklah memberikan perhatian yang lebih kepada anak-anak ketika di rumah kerana segalanya bermula daripada rumah. Pendidikan agama dan nilai-nilai murni mestilah diterapkan supaya anak-anak dapat menilai antara perkara baik dan buruk.
• Remaja juga haruslah pandai memilih rakan sebaya kerana sememangnya remaja mudah terpengaruh dengan kawan-kawan mereka. Di sini, ibu bapa mesti tahu dengan siapa anak mereka berkawan. Pengaruh media massa juga hendaklah dibendung. Pelajar hanya perlu mengetahui maklumat-maklumat yang hanya berkaitan tentang pelajaran sahaja. Cara sebegini dapat menghasilkan pelajar bermaklumat sekaligus dapat membendung jenayah di kalangan remaja.
• Selain itu, pihak sekolah juga perlu memantapkan lagi disiplin sekolah bagi menjamin kegiatan salah laku pelajar berkurangan. Setiap kesalahau. pelajar seperti ponteng sekolah, merokok, menghisap dadah, atau memukul pelajar lain hendaklah didenda setimpal dengan kesalahan mereka. Ibu bapa mereka juga harus ke sekolah untuk berbincang bagi mencari pendekatan awal dalam mengatasi masalah yang lebih serius.
• Kuatkuasa undang-undang hendaklah diperketatkan. Remaja bawah umur yang melakukan kegiatan jenayah berat seperti bunuh hendaklah dikenakan hukuman mati mandatori bagi memberi pengajaran kepada remaja-remaja lain.
• Kesimpulannya, pelajar-pelajar haruslah didedahkan kepada isu-isu semasa, kempen-kempen, khemah kerja, motivasi dan sebagainya bagi menyedarkan mereka bahawa merekalah generasi pemangkin negara. Sekali gus, perkara sedemkian dapat memberi pengajaran kepada mereka. Golongan tersebut juga perlu mengetahui bahawa segala kes jenayah akan merosakkan masa depan mereka.

Malaysia adalah negara yang paling hampir dengan Selatan Thailand

Kejadian ini adalah menjadi satu lagi bukti bahawa penyelesaian dan kedamaian yang dilaung-laungkan oleh penjajah Thai adalah satu sandiwara lapok yang sentiasa dimainkan untuk mengeliru dan membohongi pentadbiran Malaysia, Indonesia dan OIC. Dan penerima-penerima ini sentiasa mempercayai drama Thailand itu.

Persidangan OIC baru sahaja selesai di Damascus, Syria dengan memberi seribu harapan kapada sebahagian pemimpin pejuang Patani bahawa satu hari nanti (apabila diberi taraf pemerhati oleh OIC) badan Dunia ini akan menyelesaikan masaalah mereka. Pihak berkuasa Malaysia pun sebelum ini sering (dengan kerjasama setengah-setengah pemimpin pertubuhan pembebasan Patani) memujuk dan mendesak pejuang-pejuang supaya menghentikan kebangkitan dan perjuangan bersenjata dan memulakan rundingan damai. Setakat ini hanya disambut positif oleh kumpulan-kumpulan yang tidak berminat untuk meneruskan gerakan kebangkitan lagi.

Kenapa harus kita percaya pada OIC yang telah memberi ruang kapada penjajah Siam sebagai taraf pemerhati sedang umat Islam Patani dianak tirikan!!!!

Pembunuhan kejam ke atas umat islam di masjid Al-furqan ini menutup segala harapan yang ada untuk penyelesaian damai. Perjuangan bersenjata akan diteruskan dengan bergantung pada pertolongan Allah swt semata (kerana Negara jiran hanya berminat untuk mengorek minyak dan gas Patani sahaja!!). Jika peristiwa ini tidak menjadi pembuka mata kapada pentadbiran Malaysia dan Indonesia maka peluang untuk membantu ugama dan anak bangsa sendiri akan terlepas untuk jangka masa yang lama.Ini bukan amaran terakhir tapi peringatan ulangan!!! Kesediaan untuk berunding bukan bermakna mesti mengadakan gencatan senjata.Kerana jika kita berurusan dengan penjajah Thai perjanjian adalah menjadi alasan untuk mereka berbohong.

Ketika Sorayud (kerajaan kudita yang lalu) mula-mula menjadi Perdana Menteri beliau telah menangis di depan rakyat Patani dan meminta maaf diatas kejadian pembunuhan beramai-ramai di Tabal dan masjid kerisik 2004! Beliau juga berjanji untuk menyiasat dan membawa ka pengadilan ke atas orang-orang yang bertanggungjawab mengarah pembunuhan tersebut. Tetapi pada 29hb mei 2009 mahkamah awam di Senggora telah memutuskan bahawa tidak ada siapa-siapa pun yang bersalah dalam peristiwa pembunuhan Tabal dan masjid kerisik !!!!!. Beginilah caranya penjajah Siam sering mempermainkan dunia luar terutama OIC dan pentadbiran Malaysia.

Sekarang ini kita berhadapan dengan situasi yang paling kritikal. Kemarahan umat Islam Patani sudah meluap-luap. Kalau dahulu para Mujahidin bertindak mengikut garisan yang ditetapkan oleh pimpinan dan majlis syura Ulama. Tapi kini adalah dibimbangi rakyat Patani akan mengambil tindakan melulu tanpa mengambil nasihat dari pimpinan. Dan untuk memburukan lagi suasana munkin pihak tentera Thai akan mengambil kesempatan dari suasana ini.

Tentera Thai ini sering menciptakan suasana palsu di selatan demi menekan kerajaan Bangkok menambah peruntukan perang. Wang ini kebanyakannya disonglap oleh Jenderal-Jenderal berkenaan.

Pejuangan umat Islam Patani adalah perjuangan yang paling sukar dan rumit di dunia. Kalau dibandingkan dengan perjuangan rakyat Palestine mereka disokong oleh seluruh Negara-negara Arab, seluruh Negara-negara Islam dan sebahagian dunia barat. Mereka mendapat bantuan kewangan dari segenap pelusuk Negara-negara penyokong. Tapi sebaliknya perjuangan Patani yang insiden-insidennya sekarang lebih intense dari Iraq tidak di bela oleh bangsa sendiri seperti Malaysia, Indonesia dan Brunei Darusssalam. Tidak disokong oleh Negara-negara Islam dunia kecuali satu dua simpati.

Bahkan kalau di Malaysia ini sebahagian pejuang dilayan mengikut selera dan arahan penjajah Thai.

Sudah banyak kali peristiwa penangkapan pejuang-pejuang Patani yang dijalankan atas kerjasama Polis Malaysia dan polis Thai. Beberapa orang pejuang saperti assyahid saudara Tengku Ismail dan Assyahid saudara Nasir yang ditangkap di kediaman mereka diMalaysia dengan kerjasama Polis Malaysia dan bila masuk kaBumi Patani sahaja di bunuh dengan kejam. Kemudian pihak penjajah Thai meletakkan senjata di sisi mereka untuk ditonjolkan dan televisyen!!!!!

Wahai umat Islam di mana sahaja berada. Percayalah ‘bila Allah melarang kita mengambil orang-orang kafir sebagai kawan dengan meninggalkan saudara Islam maka jika kita melanggar perintah ini tunggulah balasan Allah!!!!! ‘.

Ini seruan jihad fisabillillah . Bukan sahaja untuk Patani bahkan untuk umat Islam yang masih dibelenggu kegelapan.

Umat Islam sering menjadi mangsa kuffar


Sedih ketegangan selatan Thailand terus berlarutan

TRAGEDI yang berlaku di dalam Masjid Al- Furqan di Kampung Air Tempayan, Narathiwat mengundang rasa sedih dan simpati sesiapa saja yang melihat gambar mayat yang ditutup dengan sejadah.

Perbuatan kejam itu memang wajar mendapat kutukan umat Islam seluruh dunia. Walaupun Malaysia tidak berhak campur tangan urusan dalaman Thailand tetapi hati rakyat negara ini terutama yang beragama Islam pasti tersentuh menyaksikan satu lagi peristiwa berdarah selepas peristiwa di Masjid Kerisik dan tragedi Tak Bai.

Pembunuhan kejam ke atas 11 orang termasuk imam serta mencederakan 19 orang lain pasti menimbulkan keresahan kepada penduduk tempatan.

Kita amat terkejut kerana tragedi itu menjadikan masjid sebagai sasaran. Paling mengejutkan ia berlaku pada hari yang sama Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva melawat Malaysia.

Beliau berkata kerajaannya komited untuk memperbaharui pendekatan bagi menyelesaikan kemelut di selatan negaranya.

Dengan kejadian terbaru pada malam Isnin lalu itu, kita tidak menolak ia akan menambahkan kesan negatif jangka panjang kepada wilayah yang bergolak itu.

Nampaknya jalan ke arah perdamaian dan mewujudkan kestabilan di wilayah itu akan terus menempuh jalan berliku dan sukar.

Apa pun, Kerajaan Thailand mesti selesaikan masalah politik wilayah itu. Sejak Thaksin Sinawatra dan diikuti beberapa Perdana Menteri lain yang berjanji mahu menyelesaikan masalah selatan Thailand, masih gagal mengubah keadaan.

Sebagai anggota ASEAN, Thailand perlu diingatkan bahawa negara itu tidak wajar membiarkan keadaan huru-hara dan kekacauan berterusan di wilayah itu.

Sudah beberapa cadangan, pendekatan dan rundingan bagi mencari penyelesaian yang menguntungkan semua pihak diambil. Kerajaan Thailand harus akui bahawa penduduk di wilayah yang bergolak itu adalah rakyatnya yang sah dan telah menumpahkan taat setia kepada negara itu.

Sebab itu, demi keadilan - pengganas yang melakukan serangan dan pembunuhan di Masjid Al-Furqan perlu dicari hingga dapat. Jangan beri jawapan dan membuat dakwaan yang bukan-bukan.

Kita percaya pergolakan di selatan Thailand boleh diselesaikan jika wujud sikap saling percaya mempercayai antara penduduk tempatan dengan kerajaan.

Mungkin terdapat segelintir penduduk wilayah itu yang terlibat dengan aktiviti menentang kerajaan.

Tetapi mengambil persepsi semua penduduk Islam di selatan Thailand sebagai musuh kerajaan adalah tanggapan yang tidak betul. Apatah lagi menjadikan penduduk yang tidak bersalah sebagai mangsa.

Keganasan di selatan Thailand mesti dihentikan. Kerajaan negara itu kena duduk berbincang dengan pemimpin, guru agama, imam dan ketua kampung bagi mencari jalan mengatasi masalah yang timbul akibat salah faham.

Paling utama, kita harap jangan ada lagi ketegangan dan tragedi yang berpunca daripada sikap balas dendam dan kebencian yang meluap-luap akibat perbezaan agama.

Kategori...!!!

Pengikut...!!!

Tentang Blog Ini...!!!

Blog ini menceritakan apa-apa sahaja yang bermanfaat tidak kira tentang agama, hal ehwal semasa, pendidikan mahupun teknologi.

  © Blogger template 'External' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP